SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2


Sejarah Sekolah

1.0 Latar Belakang Sekolah

     Sekolah Kebangsaan Taman Midah (SKTM 2) diwujudkan sebagai pemangkin pencapaian  Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Singkapan sejarahnya bermula daripada sebuah padang permainan awam yang dikelilingi oleh taman perumahan, SKTM 2 telah dibina dengan reka bentuk dan indah, kondusif dan harmoni. Pembinaannya telah disempurnakan di atas tanah seluas 3.64 ekar oleh Jabatan Kerja Raya pada 5 Jun 1997. Lanjutan daripada itu, pada 5 September 1997 bangunan telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) untuk diduduki.

     SKTM 2 telah mula beroperasi pada tahun 1998 dengan kekuatan tenaga pengajar lelaki seramai 16 orang dan tenaga pengajar perempuan seramai 33 orang. Jumlah keseluruhan warga pendidik pada awal penubuhan SKTM 2 berjumlah 49 orang.  5 orang guru telah menggalas tugas sebagai pemudah cara untuk Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) dengan dikemudi oleh seorang penyelaras KKBP. Sebagai permulaan seramai 2 orang kakitangan sokongan telah ditempatkan bagi membantu pengurusan sekolah.  Panorama SKTM 2 seperti Lampiran A.

      Sepanjang penubuhan SKTM 2 sejak tahun 1997, seramai 6 orang Guru Besar (GB) yang berwibawa dan berdedikasi telah memimpin pengurusan sekolah. Puan Patrica May Veloo merupakan GB yang merintis pembukaan sekolah ini. Selepas 3 tahun kemudiannya, pucuk pimpinan telah bertukar kepada Puan Hajah Khalsom  bin Haji Ahmad yang juga telah  mengemudi pengurusan sekolah selama 3 tahun. Seterusnya kecemerlangan sekolah diteruskan oleh Puan Zakinah Bte Ismail (2001-2004), Encik Mohd Amin bin Abu (2004-2008) dan Encik Has Bullah bin Zahari (2008-2010). Puan Hajah Zawyah bte Ahmad telah diamanahkan untuk meneruskan tradisi kecemerlangan SKTM 2 pada hari ini setelah mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Encik Has Bullah bin Zahari  mulai tahun 2010.

1.1 Senarai GB yang telah berkhidmat di SKTM 2

BIL
NAMA GURU BESAR
TAHUN



1
Puan Patrica May Veloo
1997 – 1999
2
Puan Hajah Khalsom bte Haji Ahmad
1999 – 2001
3
Puan Zakinah bte Ismail
2001 – 2004
4
Encik Mohd Amin bin Abu
2004 – 2008
5
Encik Has Bullah bin Zahari
2008 – 2010
6
Puan Hajah Zawyah bte Ahmad
2010 -  2014


                      7           Encik Azrul Hisham bin Abd Rani              2014 - sehingga kini


No comments:

Post a Comment