Wednesday, 13 November 2013


Perkemahan Unit Bruniform Di "Nur Lembah Pangsun"
Tarikh: 25-27 Oktober 2013


Perkemahan Unit Beruniform "Nur Lembah Pangsun Eco Resort"

Sebelum bertolak ke tempat perkemahan

Tapak Perkemahan Murid-murid

Cikgu Yusri mengawal murid-murid bermandi manda

Meraikan kehadiran PK1 En Abd Rahim Bin Abu

Aktiviti Kayak


Cikgu Shahril dan Cikgu Azali mencuba aktiviti larian berhalangan

Antara Guru yang terlibat sepanjang perkemahan

Murid-murid mengangkat barang-barang ke tapak perkemahan

Menunggu giliran bagi menjalankan aktiviti 

Cikgu Azali,Shahril,Yusri dan Pn.Zaiton sedang membakar ayam

Bergambar sebelum pulang

Solat Berjemaah

Berehat sebentar dalam aktiviti Jungle Tracking


Aktiviti Berakit kumpulan guru-guru melawan murid

Bertolak pulang



Cikgu Azali sedang memberikan penerangan

Monday, 11 November 2013

Sunday, 30 December 2012

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 TAHUN 2012







MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS 2012

(10 ORANG MURID SKTM 2 TELAH MENDAPAT 5A DALAM UPSR)





Saturday, 29 December 2012


Murid cemerlang SK Taman Midah (2) terima anugerah

SERAMAI 200 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Midah (2) yang memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun ini diraikan pada Majlis Anugerah Cemerlang 2011 peringkat sekolah itu baru-baru ini.
Guru Besarnya, Zawyah Ahmad berkata, majlis anugerah cemerlang ini diadakan untuk menghargai kesungguhan murid di samping menjadi suntikan motivasi agar mereka mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
"Kejayaan anak-anak pada hari ini bukanlah hanya terletak atas bahu pihak sekolah semata-mata, penggembelingan tenaga daripada pihak ibu bapa dan penjaga turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kejayaan anak-anak ini.
"Oleh yang demikian, saya menyeru ibu bapa agar dapat sentiasa mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka sebagai usaha sama dengan pihak sekolah untuk membentuk kemenjadian murid," katanya pada majlis yang diadakan di sekolah itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis itu, pelbagai kategori anugerah disampaikan kepada murid-murid cemerlang termasuklah Anugerah Cemerlang Murid Tahun Satu hingga Tahun Enam, Anugerah Cemerlang Program Pendidikan Khas Integriti (PPKI), Anugerah Cemerlang Prasekolah, Tokoh Murid, Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum serta penyerahan sijil kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Pihak sekolah turut meraikan seramai lima murid cemerlang yang mendapat keputusan 5A serta tujuh murid yang mendapat 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 baru-baru ini.
Majlis perasmian dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Mohd. Najib Ismail dan Guru Penolong Kanan, Abdul Rahim Abu.
Menurut Zawyah, sebagai memenuhi tuntutan untuk menjadi golongan pelapis yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan, setiap murid haruslah cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah termasuk juga kokurikulum serta sahsiah
Beliau turut merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar sekolah itu yang telah memberikan komitmen dalam memastikan kecemerlangan sekolah.